"Kerajaan hanya tumpu dua tiga kerat elit politik, rakyat dibiar menderita!"
| Wan Nordin Wan Yaacob |
| Kerajaan tetap memberi alasan demi alasan, dalam keadaan rakyat terus ditekan dengan pelbagai kenaikan harga barang yang menjurus kepada meningkatnya kadar inflasi, kata Shamsul Iskandar. Perbandingan tidak rasional "Kerajaan turut mendakwa bahawa tidak semua negara maju memberi gaji minimum kepada pekerjanya dengan mengambil contoh Amerika Syarikat, Britain dan Australia yang membayar gaji mengikut tempoh jam bekerja,"katanya dalam satu komentar berhubung keputusan kerajaan untuk tidak melayan tuntutan gaji minimum dan Kola yang diperjuang MTUC. "Sedarkah kerajaan bahawa di Australia, gaji minimum ditetapkan AUD$13.47 sejam dan AUD$511.86 seminggu, bersamaan RM1,502.15 seminggu? Di Britain juga kadar minimum seminggu adalah £5.35 sejam dan £203.30 seminggu, bersamaan RM1,406.80 seminggu?,"katanya. Apa yang ingin AMK bangkitkan ialah mengapa kerajaan sedia mempertimbangkan kenaikan gaji pekerja sektor awam, tetapi terus berdolak-dalih untuk menaikkan gaji pekerja sektor swasta, katanya. Rakyat berhadapan dengan penderitaan "MTUC hanya menuntut RM1200 sebulan, yang kalau dibandingkan hanya bertaraf gaji minimum seminggu negara-negara maju.Itu pun masih terpaksa berhadapan dengan dolak- dalih kerajaan yang hanya memikirkan keperluan projek mega dan kehendak dua-tiga kerat elik politik daripada memikirkan kebajikan pekerja yang kian menderita,"tegasnya. Baginya, kos penggajian pekerja asing tidak akan terkesan dengan pelaksanaan gaji minimum ini seandainya kos pengurusan visapermit kerja, dan levi mereka diambil kira. Justeru tidak timbul isu syarikat tempatan akan 'gulung tikar' seandainya gaji minimum dilaksanakan, ujarnya. Gagal bela rakyat Malangnya kerajaan masih bersikap pesimis dengan segala cadangan balas dan hujah analitikal yang dikemukakan oleh MTUC dan KeADILan, katanya. Pendekatan kerajaan menolak gesaan MTUC ini jelas membuktikan bahawa kelemahan tadbirurus kerajaan yang begitu ketara, katanya. "Dan kini jelas terbukti bahawa di bawah pemerintahan kerajaan yang sedia ada, golongan pekerja akan terus tertindas dan merempat di bumi sendiri. Realitinya, sistem kerajaan hari ini ternyata lemah dan gagal membela kepedulian rakyat keseluruhannya,"ujarnya. |
No comments:
Post a Comment